Integrasi Ilmu umum dan agama

Ilmu adalah maklumat yang diperolehi daripada fikiran yang tidak diketahui kepada sesuatu yang diketahui.Maka ilmu umum dan agama perlu ada hubungan yang akan membawa kepada tamadun yang lebih besar.

Siri 2

Dalam definisi dan pengenalan terhadap akal, ilmu mantik dan ilmu kalam serta perkaitan diantaranya, memuatkan serba sedikit tentang latar belakang salah seorang tokoh ilmuwan Islam yang dipilih di dalam kajian ini, di mana ia bertujuan untuk mengupas akan ketokohannya di dalam ilmu kalam. Tokoh yang di maksudkan itu ialah Imam Fakhr al-Din al-Razi. Umumnya, seperti yang kita ketahui nama sebenar Imam Fakhr al-Din al-Razi ialah Muhd Fakhr al-Din bin Dhiya’ al-Din ‘Umar bin al-Husin bin al-Hasan dan dilahirkan di daerah yang dikenali sebagai Rayy iaitu pada tahun 544 hijrah bersamaan dengan 1449 Masihi. (Dr. Muhd al-‘Aribi (ed)1993, 5) Para sejarawan telah mencatat pelbagai gelaran yang telah diberikan kepada beliau berdasarkan beberapa sumbangan yang telah beliau berikan. Di mana gelaran Imam Fakhr al-Din al-Razi adalah merupakan gelaran yang paling masyhur yang digunakan di kalangan para ilmuwan dan terdapat juga pendapat lain yang mengatakan bahawa gelaran al-Razi adalah dinisbahkan kepada tempat lahir beliau iaitu Rayy. (Muhd al-Mu’tasim Billah al-Baghdadi(ed),t.tkh , 13).

Perkara penting yang menjadi topik utama perbincangan kajian ilmiah ini ialah ketokohan Imam Fakhr al-Din al-Razi dalam ilmu kalam, di mana pengkaji mengupas satu persoalan yang membuktikan ketokohan beliau dalam ilmu kalam iaitu persoalan mengenai adakah Allah itu mengambil tempat dan berjisim sepertimana makhlukNya mengambil tempat, di samping membawa dalil – dalil naqli dan ‘aqli yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hujah yang dibawa oleh beliau. Oleh demikian, penulis berharap apa yang dikupaskan itu dapat memberikan input yang bermakna dalam memperjuangkan syiar Islam di muka bumi ini.

Siri 1

PENGENALAN
Kemunculan ilmu kalam di dalam arena pemikiran Islam telah mencatat satu anjakan paradigma dalam arena keilmuan. Tumbuhnya ilmu kalam di kalangan ilmuwan Islam adalah disebabkan berlakunya kekacauan dalam pemahaman dan pemikiran akidah, di mana ia telah bercampur dengan falsafah dan mantik Yunani dalam merumuskan beberapa perkara yang menyentuh akidah Islam.( Mat Rofa Ismail 1997, 57). Ilmu kalam dapat didefinisikan sebagai satu ilmu yang membicarakan tentang wujud Tuhan ( Allah ), sifat – sifat yang sepatutnya ada padaNya, sifat – sifat yang mustahil bagiNya, sifat – sifat yang mungkin ada padaNya dan membicarakan tentang kerasulan dari sudut mengetahui sifat – sifat yang mesti ada padanya, sifat yang mustahil baginya dan sifat yang mungkin ada padanya. (Ahmad Hanafi 2001, 3).

Ibn Khaldun mendefinisikan ilmu kalam sebagai ilmu yang mempunyai alasan – alasan yang bertujuan untuk mempertahankan kepercayaan – kepercayaan keimanan dengan menggunakan dalil – dalil logik akal di samping terkandung di dalamnya perbangkangan terhadap pendapat golongan yang menyeleweng daripada akidah ahl al-Sunnah wa al-Jamaah (Ahmad Hanafi 2001, 3).


Oleh demikian, dapatlah kita memahami serba sedikit mengenai definisi ilmu kalam yang telah diberikan oleh beberapa tokoh ilmuwan Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa ilmu kalam tidak muncul dengan drastiknya tetapi ia telah melalui beberapa fasa iaitu dimulai dengan proses di mana ilmu mantik dibawa masuk ke dalam perbendaharaan ilmu Islam ketika proses penterjemahan karya asing ke bahasa Arab, hal ini telah menimbulkan kegawatan dalam pemahaman mantik dan falsafah pada awal permulaan pemindahan ilmu tersebut. .( Mat Rofa Ismail 1997, 60-61). Disebabkan oleh demikian, munculnya ilmu kalam adalah untuk membahaskan tentang apa yang dikaitkan dengan akidah dan persoalan – persoalan mengenainya.

SIRI 3

Pendidikan

Para sejarawan telah menukilkan di dalam kebanyakan kitab mengenai Imam Fakhr al-Din al- Razi yang merupakan seorang yang cintakan ilmu dan sentiasa dahagakan ilmu sehingga begitu banyak sekali bidang – bidang yang telah diceburi oleh beliau. Antara bidang yang telah diterokai oleh beliau ialah Bahasa Arab yang dikupaskan mengenai nahu, balaghah dan syair serta ilmu yang berkaitan dengan pemikiran seperti falsafah, ilmu kalam, mantik, usul fiqh, tafsir, sejarah, matematik, biologi, kimia, perubatan, ilmu firasat dan ilmu ramalan, akan tetapi Imam Fakhr al-Din al-Razi lebih dikenali di dalam bidang yang berkaitan dengan falsafah, usul fiqh, tafsir dan ilmu kalam.

Di mana seperti yang diketahui Imam Fakhr al-Din al-Razi memulakan pendidikan awalnya dengan ayahnya yang tercinta sebelum ayahnya menghembuskan nafas yang terakhir iaitu pada tahun 559 hijrah dan selepas kematian ayahnya beliau memasuki Institusi al-Kamali al-Sumnani untuk mempelajari ilmu dalam bidang feqah[15] dan setelah beberapa tahun belajar di institusi tersebut, Imam Fakhr al-Din al-Razi kembali ke tanah air semula untuk mempelajari ilmu usul dan falsafah dengan bergurukan Majdi al-Din al-Jaili dan seterusnya berpindah ke Muraghah untuk mendalami ilmu falsafah yang dibawa oleh Farabi dan Ibn Sina.

Pada tahun 570 hijrah, beliau dikatakan telah berhijrah ke negara berdekatan dengan Sungai Jihun, Bukhara dan Samarkhand untuk menyempurnakan lagi pengajiannya. Akan tetapi telah timbul fitnah ke atasnya dan menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan tempat tersebut dan berhijrah ke India, di mana telah temaktub di dalam kitabnya iaitu al-Tafsir al-Kabir mengenai pengalamannya di India. Di dalam masa yang sama, Imam Fakhr al-Din al-Razi telah menyimpan hasrat untuk berhijrah ke Maghribi yang bertujuan untuk menemui Ibn Rusyd, akan tetapi terpaksa menangguhkan perjalanan beliau kerana mendengar khabar berita akan kematian Ibn Rusyd. Selepas beberapa tahun, beliau melunaskan hasrat di hati untuk berhijrah ke Maghribi dengan bertujuan untuk menghadiahkan hasil karyanya iaitu Asas al-Taqdis kepada raja yang memerintah ketika itu iaitu Sultan Saif ( pada zaman pemerintahan Ayubi ).

Daripada kisah pengembaraan mencari ilmu yang dilakukan oleh beliau, sudah tentu beliau mempelajari ilmu – ilmu tersebut dari tokoh – tokoh yang terkemuka sehingga beliau juga turut menjadi seorang tokoh yang disegani. Antara guru – guru yang dipelajari olehnya ialah ayahnya sendiri iaitu Diya’ al-Din Umar, Muhyi al-Sanah Abi Muhammad al-Baghwi, Majdi al-Din al-Jaili dan sebagainya. Oleh demikian itu, tidak hairanlah Imam Fakhr al-Din al-Razi juga mempunyai anak murid yang ramai iaitu lebih daripada 300 orang pelajar dan mereka akhirnya juga mengikuti jejak langkah beliau dalam menyumbangkan idea dan buah fikiran. Antara anak – anak murid beliau ialah Zain al-Din al-Kashi, Syahab al-Din al-Naisaburi, Muhd bin Ridwan, Syarf al-Din al-Harwi dan Syams al-Din al-Khuyubi.

Oleh demikian, dapatlah kita ketahui bahawa Imam Fakhr al-Din al-Razi merupakan seorang yang cintakan ilmu sehingga beliau sanggup merantau meninggalkan kampung halaman semata – mata bertujuan untuk mencari ilmu dari tokoh – tokoh yang hebat di dalam pelbagai bidang samada di dalam bidang bahasa mahupun yang berkaitan dengan pemikiran.

Siri ke 2

Walaupun terdapat beberapa tokoh ilmuwan Islam yang diberi gelaran al-Razi, namun secara jelasnya dapat kita mengenalpasti yang mana satukah ilmuwan yang dimaksudkan dengan berpandukan ketokohan mereka di dalam bidang masing – masing termasuklah Imam Fakhr al-Din al-Razi.

Imam Fakhr al-Din al-Razi memulakan pendidikan awalnya oleh ayahanda yang tercinta iaitu Diya’ al-Din Umar, di mana ketika itu bapanya bertugas sebagai salah seorang tenaga pengajar dan khatib di bandar Rayy. Bapanya berpegang pada aliran al-Asya’irah dalam hal yang melibatkan akidah dan hal yang melibatkan hukum feqah pula berpegang pada mazhab Syafie. Oleh demikian, bapanya banyak memberi kesan kepada beliau dalam kehebatan dari sudut ilmu. Di mana beliau merupakan seorang yang bersungguh – sungguh dalam menuntut ilmu dan begitu dahagakan akannya sehingga beliau sanggup berhijrah ke merata – rata tempat semata – mata untuk tujuan mencari gali ilmu di samping beliau diberi kehebatan dalam berhujah dan perdebatan sehingga kehebatannya termaktub di dalam kitab Munazharat Ma Wara’i al-Nahar.

Pada zaman mudanya, beliau merupakan seorang pemain gambus ( rebab, rebana ) sambil menyanyi, kemudian dia meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang perubatan dan falsafah. Beliau mempelajari ilmu kedoktoran dengan bergurukan Ali ibn Rabban al-Thabari ( 192 – 240 hijrah bersamaan 808-855 masihi ) dan belajar ilmu falsafah dengan al-Balkhi. Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia. Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad menjadi Gabenor Rayy, di mana beliau diberi kepercayaan mentadbir sebuah hospital selama enam tahun (290-296 hijrah bersamaan 902 – 908 masihi). Dalam masa yang sama, beliau menulis buku al-Thibb al-Mansuri yang dipersembahkan kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad dan kemudiannya Imam Fakhr al-Din al-Razi berpindah ke Baghdad atas permintaan Khalifah al-Muktafi ( 289 – 295 hijrah bersamaan 901 – 908 masihi ) yang berkuasa pada waktu itu.

Dalam menjalankan kerjaya kedoktoran, beliau dikenal sebagai seorang yang pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya, dermawan kepada orang-orang miskin dan memberi rawatan kepada mereka secara percuma. Hitti menyifatkan beliau sebagai seorang doktor yang paling agung dalam kalangan doktor Muslim dan juga seorang penulis yang produktif. Kemasyhuran beliau sebagai doktor bukan sahaja di dunia timur, tetapi juga di barat; sehinggakan beliau telah digelar The Arabic Galen. Setelah Khalifah al-Muktafi wafat, beliau kembali semula ke Rayy.

Di samping itu, terdapat beberapa ahli sejarawan telah menukilkan tentang sifat fizikal beliau iaitu berbadan tegap, berdada bidang, mempunyai janggut yang panjang dan memiliki suara yang lantang di samping mempunyai sifat jiwa yang kental dalam menempuh arus kehidupan.Daripada sifat fizikal tersebut dapatlah disimpulkan bahawa Imam Fakhr al-Din al-Razi merupakan seorang yang gagah, berani dan berjiwa besar dalam mengharungi perjalanan hidupnya yang penuh dengan onak dan duri.

Pendidikan

Para sejarawan telah menukilkan di dalam kebanyakan kitab mengenai Imam Fakhr al-Din al- Razi yang merupakan seorang yang cintakan ilmu dan sentiasa dahagakan ilmu sehingga begitu banyak sekali bidang – bidang yang telah diceburi oleh beliau. Antara bidang yang telah diterokai oleh beliau ialah Bahasa Arab yang dikupaskan mengenai nahu, balaghah dan syair serta ilmu yang berkaitan dengan pemikiran seperti falsafah, ilmu kalam, mantik, usul fiqh, tafsir, sejarah, matematik, biologi, kimia, perubatan, ilmu firasat dan ilmu ramalan, akan tetapi Imam Fakhr al-Din al-Razi lebih dikenali di dalam bidang yang berkaitan dengan falsafah, usul fiqh, tafsir dan ilmu kalam.

Di mana seperti yang diketahui Imam Fakhr al-Din al-Razi memulakan pendidikan awalnya dengan ayahnya yang tercinta sebelum ayahnya menghembuskan nafas yang terakhir iaitu pada tahun 559 hijrah dan selepas kematian ayahnya beliau memasuki Institusi al-Kamali al-Sumnani untuk mempelajari ilmu dalam bidang feqah[15] dan setelah beberapa tahun belajar di institusi tersebut, Imam Fakhr al-Din al-Razi kembali ke tanah air semula untuk mempelajari ilmu usul dan falsafah dengan bergurukan Majdi al-Din al-Jaili dan seterusnya berpindah ke Muraghah untuk mendalami ilmu falsafah yang dibawa oleh Farabi dan Ibn Sina.

Pada tahun 570 hijrah, beliau dikatakan telah berhijrah ke negara berdekatan dengan Sungai Jihun, Bukhara dan Samarkhand untuk menyempurnakan lagi pengajiannya. Akan tetapi telah timbul fitnah ke atasnya dan menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan tempat tersebut dan berhijrah ke India, di mana telah temaktub di dalam kitabnya iaitu al-Tafsir al-Kabir mengenai pengalamannya di India. Di dalam masa yang sama, Imam Fakhr al-Din al-Razi telah menyimpan hasrat untuk berhijrah ke Maghribi yang bertujuan untuk menemui Ibn Rusyd, akan tetapi terpaksa menangguhkan perjalanan beliau kerana mendengar khabar berita akan kematian Ibn Rusyd. Selepas beberapa tahun, beliau melunaskan hasrat di hati untuk berhijrah ke Maghribi dengan bertujuan untuk menghadiahkan hasil karyanya iaitu Asas al-Taqdis kepada raja yang memerintah ketika itu iaitu Sultan Saif ( pada zaman pemerintahan Ayubi ).

Daripada kisah pengembaraan mencari ilmu yang dilakukan oleh beliau, sudah tentu beliau mempelajari ilmu – ilmu tersebut dari tokoh – tokoh yang terkemuka sehingga beliau juga turut menjadi seorang tokoh yang disegani. Antara guru – guru yang dipelajari olehnya ialah ayahnya sendiri iaitu Diya’ al-Din Umar, Muhyi al-Sanah Abi Muhammad al-Baghwi, Majdi al-Din al-Jaili dan sebagainya. Oleh demikian itu, tidak hairanlah Imam Fakhr al-Din al-Razi juga mempunyai anak murid yang ramai iaitu lebih daripada 300 orang pelajar dan mereka akhirnya juga mengikuti jejak langkah beliau dalam menyumbangkan idea dan buah fikiran. Antara anak – anak murid beliau ialah Zain al-Din al-Kashi, Syahab al-Din al-Naisaburi, Muhd bin Ridwan, Syarf al-Din al-Harwi dan Syams al-Din al-Khuyubi.

Oleh demikian, dapatlah kita ketahui bahawa Imam Fakhr al-Din al-Razi merupakan seorang yang cintakan ilmu sehingga beliau sanggup merantau meninggalkan kampung halaman semata – mata bertujuan untuk mencari ilmu dari tokoh – tokoh yang hebat di dalam pelbagai bidang samada di dalam bidang bahasa mahupun yang berkaitan dengan pemikiran.

Siri 1


Latarbelakang Imam al-Razi:

Umumnya dunia Islam telah melahirkan ramai tokoh yang hebat dan berkarisma di mata dunia di dalam pelbagai bidang samada di dalam bidang perubatan, pemikiran, teknologi dan sebagainya. Hasilnya, tokoh – tokoh tersebut
telah mendapat penghargaan dan pujian dari seluruh pelosok dunia di atas sumbangan yang telah mereka curahkan. Justeru itu, penulis ingin mengupas serba sedikit mengenai latar belakang salah seorang tokoh ilmuwan Islam yang hebat iaitu Imam Fakhr al-Din al-Razi.

Nama sebenar Imam Fakhr al-Din al-Razi yang diketahui di kalangan para ilmuwan ialah Muhd Fakhr al-Din bin Dhiya’ al-Din ‘Umar bin al-Husin bin al-Hasan dan beliau dilahirkan di daerah yang dikenali sebagai Rayy iaitu pada tahun 544 hijrah bersamaan dengan 1449 Masihi. Para sejarawan telah mencatatkan pelbagai gelaran yang telah diberikan kepada beliau berdasarkan beberapa sumbangan yang telah beliau berikan. Antaranya ialah Imam Fakhr al-Razi, Ibn al-Khatib, Fakhr al-Din al-Razi, Syeikh al-Islam dan Imam Fakhr al-Din al-Razi. Di mana gelaran Imam Fakhr al-Din al-Razi adalah merupakan gelaran yang paling masyhur yang digunakan di kalangan para ilmuwan dan terdapat juga pendapat lain yang mengatakan bahawa gelaran al-Razi adalah dinisbahkan kepada tempat lahir beliau iaitu Rayy. Oleh demikian, wujud beberapa kesamaran di kalangan para ilmuwan dalam menentukan tokoh yang dinisbahkan kepada tempat yang dikenali sebagai Rayy. Hal ini kerana terdapat beberapa tokoh Islam lain juga diberikan gelaran sebagai al-Razi,antaranya ialah :

i. Abu Bakr al-Razi merupakan salah seorang pakar dalam bidang feqah mazhab Hanafi, di mana beliau menetap di Baghdad dan merupakan seorang yang masyhur akan kezuhudan dan kewarakannya. Antara hasil karya beliau ialah kitab Ahkam al-Quran w-Syarh al-Asma’ al-Husna dan beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 370 hijrah.

ii. Muhammad bin Zakaria al-Razi merupakan seorang doktor yang masyhur dan ahli falsafah. Beliau diberi gelaran al-Razi kerana beliau dilahirkan dan menetap di Rayy. Meninggal dunia pada tahun 311 hijrah.

iii. Abu al-Hasan Ahmad bin Faris bin Zakaria al-Razi, adalah merupakan salah seorang tokoh yang terkenal dalam bidang bahasa dan beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 395 hijrah.