Integrasi Ilmu umum dan agama

Ilmu adalah maklumat yang diperolehi daripada fikiran yang tidak diketahui kepada sesuatu yang diketahui.Maka ilmu umum dan agama perlu ada hubungan yang akan membawa kepada tamadun yang lebih besar.

Abstrak

Kajian ini membincangkan tentang Pemikiran Islam yang meliputi pemikiran tentang akidah dan pemikiran tentang syariat (sistem hukum). Perubahan pemikiran dengan Islam bererti mengubah akidah masyarakat menjadi akidah Islam, dan aturannya menjadi aturan Islam. Sejak Rasulullah saw diutus untuk melakukan perubahan pemikiran dalam diri bangsa Arab ketika itu. Pemikiran Lâ ilâha illallâh yang baginda Rasulullah saw tanamkan mengubah mereka yang sebelumnya menyembah patung beralih kepada penyembahan kepada Allah SWT sahaja. Rasulullah telah mengubah pandangan mereka tentang kehidupan, dari cara pandangan yang dangkal menuju cara pandangan yang mendalam lagi jernih yang merupakan cerminan dari akidah Islam. Pandangan mereka tidak terbatas tentang dunia, bahkan menembusi negeri akhirat. Rasulullah saw mengubah pemikiran masyarakat bahwa Allah SWT tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahNya. Ikatan-ikatan kepentingan, kesukuan, dan patriotisme berubah menjadi ikatan ideologis yang memandang semua kaum mukmin bersaudara laksana satu jasad. Juga, melalui penanaman pemikiran akidah dan syariat Rasulullah berhasil mengubah tahap ukur aktivitas kehidupan masyarakat dari manfaat-egoisme ke tahap ukur halal-haram, dari hawa nafsu ke wahyu. Masyarakat Arab pra Islam yang sebelumnya membangun hubungan kenegaraan di atas kepentingan material dan ketamakan menjadi tegak di atas asas penyebaran akidah dan syariat Islam dan mengembangkannya ke seluruh umat manusia. Begitu pula, pemikiran Islam yang ditanamkan Rasulullah tentang kehidupan setelah dunia telah mengubah persepsi tentang kebahagiaan pada diri umat, dari sekedar memenuhi syahwat dengan segala kenikmatan dunia beralih kepada mencari reda Allah SWT. Jelaslah bahawa kaum muslim di bawah pembentukkan Nabi tidak takut akan kematian, dan berharap syahid di jalan Allah SWT. Sebab, mereka memahami bahwa dunia ini hanyalah jalan menuju akhirat. Demikianlah, melalui pemikiran Islam baik berupa akidah mahu pun syariah, Rasullah saw berhasil membentuk pemahaman, tahap ukur dan keyakinan masyarakat ketika itu menjadi Islam hingga terdirinya Daulah Islamiyah di Madinah. Selain itu, banyak sekali nash-nash Al Quran maupun perbuatan Nabi yang menunjukkan adanya pergolakan pemikiran (shirâ’ul fikriy) untuk menentang ideologi, peraturan dan kekufuran. Juga, beliau menentang akidah yang rosak, idea-idea yang keliru dan pemahaman yang sesat. Beliau melakukannya dengan cara menjelaskan kepalsuan, kesalahan dan pertentangannya dengan Islam untuk memurnikan dan menyelamatkan masyarakat dari idea-idea tersebut, serta dari pengaruh dan keburukannya.
Katakunci: Transformasi Masyarakat, Pemikiran Islam,Dakwah Rasulullah dan Masyarakat Arab

PERANAN ILMU MANTIK DALAM PENGAJARAN USULUDDIN :

Siti Sa’adiah Shafik


ABSTRAK


Ilmu mantik merupakan instrumen yang membincangkan soa-soal akal dari sudut benar atau dusta sesuatu pernyataan. Dalam pengajaran usuluddin memerlukan kepada asas ilmu mantik supaya pelajar-pelajar mampu untuk berdebat, memeberikan pendapat dan pemikiran keritis. Contohnya Ilmu kalam merupakan ilmu yang membicarakan tentang soal akidah umat Islam dengan berpandukan hujah dan dalil dari al-Quran dan al-Sunnah di samping diperkuatkan lagi dengan hujah logik akal. Kajian ini memfokuskan tentang bentuk pengajaran usuluddin yang merupakan tungak kekuatan akidah. Maka penulis hanya menumpukan kepada pengajaran ilmu mantik sahaja .Justeru, pemahaman ilmu mantik dalam pengajaran usuluddin penting, maka kajian ini cuba mengemukakan dapatan kajian yang bertujuan untuk mengkaji pandangan 5 orang pelajar degree usuluddin tahun akhir tentang ilmu mantik dan usuluddin. Kajian ini mengumpul data melalui temubual dan dianalisis secara deskriptif. Secara umum, dapatan menunjukan semua pelajar berpendapat ilmu mantik perlu dalam pengajaran usuluddin. Bagaimanapun, wujud perbezaan yang signifikan bagi pemahaman terhadap konsep pemikiran, pengajaran pensyarah dan hubungkait antara ilmu-ilmu usuluddin. Kesimpulanynnya, semua pelajar degree mempunyai pandangan yang positif terhadap pengajaran pensyarah dalam usuluddin. Selain itu, pengumpulan data yang dilakukan di dalam perpustakaan, bahan – bahan rujukan dan lain – lain membantu penulis untuk mendapatkan fakta-fakta lain dari sumber al-Quran. Justeru, penulis berharap penulisan kajian ilmiah ini dapat membantu umat Islam dalam menangani permasalahan akidah yang berlaku serta dapat mendedahkan bagaimanakah cara yang digunakan oleh ulama untuk menangkis serangan – serangan yang melibatkan logik akal.

Katakunci: Ilmu mantik , pengajaran dan usuluddin.

Abstrak


Dengan perkembangan dunia hari ini, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) perlu mengambil inisiatif untuk kecemerlangan dalam akademik dan penyelidikan, keperluan kepada bahan pengajaran dan penyelidikan yang terkini adalah satu keutamaan.Dalam perkembangan ini, internet dilihat sebagai satu sumber bagi mendapatkan bahan-bahan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat dijadikan sebagai sumber kepada maklumat-maklumat untuk menjalankan penyelidikan. Tidak dinafikan bahawa pensyarah-pensyarah di FKI UDM tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan kemudahan internet ini dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran. Populasi kajian ini terdiri daripada semua pensyarah Pengajian Islam FKI UDM seramai 41 orang daripada lapan program.. Kesemua responden menyatakan bahawa mereka pernah menggunakan internet untuk mencari bahan pengajaran. Peratusan perolehan bahan pengajaran dari internet adalah rendah; Ini disebabkan sebahagian besar teks pengajaran adalah daripada kitab-kitab yang telah sedia dicetak Dalam hal ini, bahan pengajaran daripada internet mungkin menjurus kepada maklumat dan isu-isu terkini berkaitan kursus yang diajar, nota-nota tambahan atau keratan-keratan akhbar yang berkenaan. Majoriti pensyarah pengajian Islam telah memanfaatkan kemudahan internet yang disediakan oleh pihak universiti untuk mendapatkan bahan pengajaran mereka.


PENGENALAN

Penggunaan internet merupakan suatu keperluan kepada dunia pendidikan masa kini. Melalui internet berbagai maklumat yang berkaitan dengan pendidikan dapat diperolehi dengan mudah. Maklumat-maklumat tersebut dapat membantu para pendidik dalam proses pengajaran di peringkat rendah dan pengajian tinggi.

Lambakan maklumat dalam pelbagai disiplin ilmu yang terdapat di dalam internet juga dapat membantu proses penyelidikan jika dapat dipastikan kesahihan maklumat tersebut. Oleh itu, setiap pensyarah perlu memanfaatkan kemudahan internet secara maksima dalam proses pengajaran dan penyelidikan mereka.

Dengan penguasaan internet akan memudahkan pensyarah melayarinya bagi mendapatkan bahan-bahan untuk digunakan dalam pengajaran dan juga menjalankan penyelidikan. Sebagai menyahut seruan UDM yang meggalakkan setiap pensyarah terlibat dengan penyelidikan, maka setiap pensyarah mestilah melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang internet.

Dengan itu, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam disarankan mengambil inisiatif untuk memperkasakan kemahiran internet di kalangan warga pengajian Islam FKI supaya mereka tidak ketinggalan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).